Jabra BT5010 Multiuse User Manual - page 41
4
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
RELEASE YOUR JABRA
5
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
Jabra BT5010 Bluetooth headset
Mengaktifkan pendailan suara *
• Ketik butang jawab/tamat. Untuk keputusan yang terbaik, rakam tag
pendailan suara menerusi set kepala anda. Sila rujuk manual pengguna
telefon anda untuk maklumat lanjut tentang penggunaan ciri ini
Mendail nombor terakhir *
• Tekan butang jawab/tamat
Melaraskan bunyi dan kelantangan
• Tekan kelantangan naik atau turun (+ atau -) untuk melaraskan
kelantangan. (butang kelantangan tinggi adalah tetap pada bahagian
atas set kepala apabila dipakai pada telinga kanan)
• Untuk mod senyap,
tekan kedua-dua kelantangan naik dan turun
pada masa yang sama. Isyarat bip berbunyi perlahan ketika panggilan
disenyapkan
• Untuk mematikan mod senyap,
ketik sebarang butang kelantangan
Panggilan menunggu dan menunda panggilan *
Ini membolehkan anda untuk menunda panggilan ketika dalam perbualan dan
menjawab panggilan menunggu.
• Tekan butang jawab/tamat sekali untuk mengaktifkan panggilan
ditunda dan menjawab panggilan menunggu
•
Tekan butang jawab/tamat untuk bertukar antara kedua-dua panggilan
•
Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan perbualan yang aktif
* Fungsi yang ditandakan dengan * bergantung kepada sokongan ciri-ciri
tersebut pada telefon anda. Rujuk manual pengguna telefon anda untuk
maklumat lanjut.
Mendayakan / nyahdayakan penggetar
• Tekan dan tahan kedua-dua butang kelantangan dalam mod tunggu
sedia
Butang kelantangan
Untuk menukar orientasi butang kelantangan (tetapan lalai ialah untuk mod
telinga kanan)
• Tekan dan tahan butang jawab/tamat dalam mod tunggu sedia dan
ketik butang yang dikehendaki
7. Penunjuk Bateri
Apabila Jabra BT5010 dihidupkan atau butang ditekan lebih daripada tempoh
seminit selepas butang terakhir ditekan, LED akan menunjukkan tahap bateri
set kepala.
Apa yang anda lihat
Tahap bateri
4 kerlipan Hijau
75% - 100% bercas
3 kerlipan Hijau
50% -75% bercas
2 kerlipan Hijau
25% -50% bercas
1 kerlipan Merah
Kurang daripada 25% bercas
8. Apa yang dimaksudkan oleh lampu-lampu
berikut
Apa yang anda lihat
Apakah maksudnya berkenaan set kepala anda
Siri kerlipan
Lihat penunjuk bateri (bahagian 7)
Kerlipan lampu biru
Panggilan masuk
dan hijau
Lampu biru berkelip
Berkelip setiap saat: panggilan aktif
Lampu biru berkelip
Berkelip setiap tiga saat: dalam mod tunggu sedia
(hanya selama 1 minit dan kemudiannya mati)
Lampu merah berkelip
Kuasa bateri semakin rendah
Lampu hijau terang
Dicas sepenuhnya
Lampu merah terang
Mengecas
Lampu biru terang
Dalam mod berpasangan
(lihat bahagian 3)
9. Menggunakan penyesuai Jabra Bluetooth
Jika anda ingin menggunakan Jabra BT5010 dengan telefon bimbit bukan
Bluetooth, penyesuai Jabra A210 adalah jawapannya.
Ia memberi anda sambungan tanpa wayar dengan ciri set kepala berikut:
jawab/tamat panggilan, fungsi pendailan suara (jika disokong oleh telefon
tersebut) dan mod senyap. Menolak panggilan, pendailan semula nombor
terakhir dan menunda panggilan mungkin tidak disokong menerusi set
kepala dalam telefon bimbit.
This Manual: http://www.manuallib.com/file/2532845