Jabra BT5010 Multiuse User Manual - page 42
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
RELEASE YOUR JABRA
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
Jabra BT5010 Bluetooth headset
Untuk memasangkan Jabra BT5010 dengan Jabra A210
Proses berpasangan agak berbeza sedikit:
• Letak Jabra BT5010 anda dalam mod berpasangan
• Letakkan penyesuai Jabra A210 dalam mod berpasangan
• Letakkan kedua-duanya berhampiran antara satu sama lain. Anda tidak
perlukan kod pin khusus untuk memasangkan bersama kedua-dua
produk Jabra tersebut. Rujuk kepada manual pengguna penyesuai
Jabra A210 untuk maklumat lanjut.
Membuat/menjawab panggilan apabila menggunakan Jabra A210
• Apabila anda membuat panggilan dari telefon bimbit anda, panggilan
tersebut akan dipindahkan secara automatik ke set kepala (jika ia
dihidupkan)
• Untuk menjawab panggilan: sama ada ketik butang jawab/tamat pada
set kepala anda, buka sisip gelongsor atau tekan butang jawab pada
telefon bimbit anda
10. Penyelesaian masalah & Soalan lazim (FAQ)
Saya terdengar bunyi letusan
• Untuk mendapatkan mutu audio terbaik, sentiasa pakai set kepala anda
pada bahagian yang sama dengan telefon bimbit
Saya tidak dapat mendengar apa-apa dalam set kepala saya
• Tambah kelantangan pada set kepala
• Pastikan set kepala berpasangan dengan telefon
• Pastikan telefon disambung pada set kepala – jika ia tidak disambung
sama ada dari menu Bluetooth telefon atau dengan mengetik butang
jawab/tamat, ikuti tatacara berpasangan berikut (Lihat bahagian 3).
Saya menghadapi masalah berpasangan walaupun telefon saya
menandakan yang sebaliknya
• Anda mungkin telah memadam sambungan berpasangan set kepala
anda dalam telefon bimbit. Ikuti arahan berpasangan dalam bahagian 3
Adakah Jabra BT5010 berfungsi dengan peralatan Bluetooth yang lain?
• Jabra BT5010 direka bentuk untuk berfungsi dengan telefon bimbit
Bluetooth. Ia juga boleh berfungsi dengan peranti Bluetooth lain yang
serasi dengan Bluetooth versi 1.1 atau 1.2 dan menyokong profil set
kepala dan/atau bebas tangan
Saya tidak boleh menggunakan fungsi tolak panggilan, tunda
panggilan, pendailan semula atau pendailan suara
• Fungsi ini bergantung kepada sokongan telefon anda. Sila semak
panduan telefon anda untuk butiran lanjut
11. Perlukan bantuan lanjut?
1. Web: www.Jabra.com(untuk maklumat sokongan dan Manual Pengguna
dalam talian terkini)
2.Telefon bebas tol Isnin hingga Jumaat
Nombor Bebas Tol:
Australia:
1-800-083-140
(10:00 – 19:00)
China:
800-858-0789
(08:00 – 19:00)
Hong Kong:
800-968-265
(08:00 – 17:00)
Indonesia:
001-803-852-7664
(08:00 – 17:00)
Jepun
:
0034-800-400-594
(09:00 – 18:00)
Malaysia:
1800-812-160
(08:00 – 17:00)
New Zealand:
0800-447-982
(12:00 – 21:00)
Singapura
:
800-860-0019
(08:00 – 17:00)
Taiwan:
0080-186-3013
(08:00 – 19:00)
India:
000-800-852-1185
(05:30 – 14:30)
Filipina
:
1800 765 8068
(08:00 – 17:00)
12. Menjaga set kepala anda
• Sentisa simpan Jabra BT5010 dengan kuasanya dimatikan dan dilindungi
dengan selamat
• Elakkan penyimpanan pada suhu yang melampau (melebihi 45°C/113°F
– termasuk sinaran langsung matahari – atau di bawah -10°C/14°F). Ini
boleh memendekkan jangka hayat bateri dan boleh menjejaskan operasi.
Suhu tinggi juga boleh menjejaskan prestasi
• Jangan dedahkan Jabra BT5010 kepada hujan atau cecair-cecair lain
This Manual: http://www.manuallib.com/file/2532845