Vanguard 540000 Series Operator's Manual - Penyenggaraan
Not for
Reproduction
Sistem Pencekik
1.
Periksa minyak enjin. Lihat bahagian
Periksa Paras Minyak
.
2.
Pastikan kawalan memandu peralatan, jika dilengkapi, adalah dilepaskan.
3.
Tolak alat penyekat bahan api (A, Rajah 7), jika dilengkapi, ke posisi OPEN.
4.
Gerakkan alat kawalan pendikit (B, Rajah 7), jika dilengkapi, ke posisi LAJU.
Kendalikan enjin dalam posisi LAJU.
5.
Tolak kawalan pencekik (C, Rajah 7), atau kombinasi pencekik dan pendikit, ke
posisi CLOSED.
Nota:
Untuk memulakan enjin dengan sistem bahan api kering (permulaan kali pertama
atau selepas kehabisan bahan api), masa engkolan tambahan dalam posisi pencekik akan
diperlukan. Ini akan memberikan pam bahan api masa untuk menyebu sistem bahan api.
6.
Tolak suis berhenti (D, Rajah 7), jika dilengkapi, ke posisi ON.
7.
Tolak suis kunci (E, Rajah 7) ke posisi ON atau START.
8.
Jika enjin terbakar tetapi tidak akan terus berjalan, tolak kawalan pencekik (C, Rajah
7) ke posisi OPEN untuk memulakan enjin.
NOTIS
Untuk memanjangkan jangka hayat pemula, gunakan kitaran permulaan
pendek (maksimum lima saat). Tunggu satu minit antara kitaran pemulaan.
9.
Semasa enjin dipanaskan, tolak kawalan pencekik (C, Rajah 7) ke posisi OPEN.
Nota:
Jika enjin tidak bermula selepas percubaan berulang kali, hubungi peniaga tempatan
anda atau pergi ke VanguardEngines.com atau hubungi 1-800-999-9333 (di AS).
Hentikan Enjin
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar teruk atau kematian.
•
Jangan cekik karburetor untuk menghentikan enjin.
1.
Suis Berhenti, jika dilengkapi: Tolak suis berhenti (D, Rajah 7) ke posisi OFF.
Suis Utama, jika dilengkapi: Dengan kawalan pendikit dalam posisi SLOW, pusing
suis kunci (E, Rajah 7) ke posisi OFF. Keluarkan kunci dan simpan di tempat yang
selamat dan jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
2.
Selepas enjin berhenti, gerakkan penyekat bahan api (A, Rajah 7), jika dilengkapi,
ke posisi CLOSED.
Penyenggaraan
NOTIS
Jika enjin disengetkan semasa kerja-kerja penyenggaraan, tangki bahan api,
sekiranya dipasang pada enjin, haruslah dalam keadaan kosong dan bahagian di mana
terletaknya palam pencucuh hendaklah dinaikkan. Jika tangki bahan api tidak kosong
dan sekiranya enjin disengetkan pada bahagian yang lain, mungkin akan berlaku
kesukaran untuk menghidupkan enjin disebabkan minyak atau petrol telah mencemarkan
penapis udara dan/atau palam pencucuh.
AMARAN
Apabila melakukan kerja-kerja penyenggaraan yang memerlukan unit tersebut
disengetkan, tangki bahan api, jika dipasang pada enjin, haruslah dalam keadaan kosong
atau bahan api boleh meleleh keluar dan menyebabkan kebakaran atau letupan.
Kami syorkan anda berjumpa dengan mana-mana Ejen Servis Sah Briggs & Stratton untuk
semua kerja-kerja penyenggaraan dan servis enjin dan bahagian-bahagian enjin.
NOTIS
All the components used to build this engine must remain in place for proper
operation.
AMARAN
Percikan bunga api yang tidak disengajakan boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik.
Menghidupkan enjin tanpa disengajakan boleh menyebabkan sesuatu
terperangkap, pemotongan anggota badan yang traumatik atau luka melecet.
Bahaya Kebakaran
Sebelum melakukan pelarasan atau pembaikan:
•
Putuskan sambungan wayar palam pencucuh dan jauhkannya daripada palam
pencucuh.
•
Putuskan sambungan bateri di terminal negatif (hanya pada enjin dengan pemula
elektrik.)
•
Gunakan hanya peralatan yang betul.
•
Jangan ganggu spring governor, sambungan atau lain-lain alat untuk menambah
kelajuan enjin.
•
Alat-alat ganti mestilah daripada rekaan yang sama dan dipasang pada posisi yang
sama dengan alat-alat yang asal. Lain-lain alat mungkin tidak akan berfungsi dengan
baik, mungkin merosakkan unit dan mungkin menyebabkan kecederaan.
•
Jangan pukul roda tenaga dengan penukul atau objek keras kerana roda tenaga
boleh berkecai semasa operasi.
Apabila menguji untuk percikan bunga api:
•
Gunakan penguji palam pencucuh yang diluluskan.
•
Jangan lakukan ujian untuk percikan bunga api apabila palam pencucuh ditanggalkan.
Servis Kawalan Pengeluaran
Penyenggaraan, penggantian atau pembaikan peranti dan sistem kawalan
pengeluaran boleh dijalankan oleh mana-mana syarikat atau individu membaiki enjin
di tepi jalan. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan servis kawalan pengeluaran "tiada
caj", kerja tersebut mestilah dijalankan oleh seorang ejen sah kilang. Lihat Penyata-Penyata
Kawalan Pengeluaran.
Jadual Penyenggaraan
Setiap 8 Jam atau Setiap Hari
•
Periksa paras minyak enjin
•
Bersihkan kawasan di sekitar peredam dan alat kawalan
Setiap 100 Jam atau Setiap Tahun
•
Gantikan palam pencucuh
•
Tukar minyak enjin
•
Gantikan penapis minyak (jika dilengkapi dengannya)
•
Servis penapis udara
1, 2
•
Bersihkan pra-pembersih (jika dilengkapi)
1
•
Servis sistem ekzos
Setiap 250 Jam
•
Periksa kelegaan injap Laraskan jika perlu.
Setiap 400 Jam atau Setiap Tahun
•
Gantikan penapis udara
2
•
Gantikan penapis bahan api 1
•
Servis sistem penyejukan
1
•
Bersihkan sirip penyejuk minyak
1
Setiap 600 Jam atau Setiap Tahun
•
Gantikan penapis keselamatan (jika dilengkapi)
1
Dalam keadaan berhabuk atau apabila terdapat kotoran di udara, bersihkan dengan
lebih kerap.
2
Setiap penukaran penapis udara ketiga, gantikan penapis keselamatan dalaman
(jika dilengkapi).
Sistem Suntikan Bahan Api Elektronik
(EFI)
Sistem EFI memantau suhu enjin, kelajuan enjin dan voltan bateri untuk pemulaan dan
pemanasan enjin. Tiada pelarasan pada sistem. Jika masalah pemulaan atau pengendalian
berlaku, hubungi Wakil Penjual Perkhidmatan Bertauliah Briggs & Stratton.
NOTIS
Pastikan langkah-langkah di bawah dipatuhi atau Sistem EFI boleh menjadi
rosak.
•
Jangan sesekali menghidupkan enjin jika kabel bateri longgar.
•
Tolak kunci ke posisi mati sebelum memutuskan sambungan, menanggalkan dan
atau memasang bateri.
•
Jangan sesekali menggunakan pengecas bateri untuk menghidupkan enjin.
51