Vanguard 540000 Series Operator's Manual - Storan
Not for
Reproduction
4.
Untuk menanggalkan penapis keselamatan (D, Rajah 12), jika dilengkapi, tariknya
keluar dengan berhati-hati daripada badan pembersih udara (E). Pastikan kotoran
atau serpihan tersebut tidak memasuki enjin.
5.
Pasang penapis keselamatan baharu (D, Rajah 12) dalam badan pembersih udara
(E).
6.
Pasang penapis udara (C, Rajah 12) di atas penapis keselamatan (D).
7.
Pasang penutup (B, Rajah 12) dan tutup pengikat (A).
Penapis Udara Kertas
1.
Longgarkan pengikat (A, Rajah 13).
2.
Tanggalkan penutup (B, Rajah 13).
3.
Tanggalkan pengikat (C, Rajah 13) dan penahan (D).
4.
Tanggalkan penapis udara (E, Rajah 13).
5.
Tanggalkan pra-pembersih (F, Rajah 13), jika dilengkapi, daripada penapis udara
(E).
6.
Untuk melonggarkan serpihan, tepuk penapis udara dengan lembut (E, Rajah 13)
pada permukaan yang keras. Jika penapis udara terlalu kotor, gantikan dengan
penapis udara baharu.
7.
Basuh pra-pembersih (F, Rajah 13), jika dilengkapi, dalam detergen cecair dan air.
Biarkan pra-pembersih benar-benar kering. Jangan sapu minyak pada pra pembersih.
8.
Pasangkan pra-pembersih kering (F, Rajah 13), jika dilengkapi, ke penapis udara
(E).
9.
Pasang penapis udara (E, Rajah 13) dan ketatkan dengan penahan (D) dan pengikat
(C).
10.
Pasang penutup (B, Rajah 13) dan ketatkan dengan pengikat (A). Pastikan pengikat
benar-benar ketat.
Selenggara Sistem Bahan Api
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar yang teruk atau
kematian.
•
Simpan bahan api jauh dari percikan api, nyalaan terbuka, lampu panduan, haba
dan sumber penyalaan lain.
•
Periksa saluran bahan api, tangki, tukup dan kemasan dengan kerap untuk keretakan
atau kebocoran. Gantikan jika perlu.
•
Sebelum membersihkan atau menggantikan penapis bahan api, kosongkan tangki
bahan api atau tutup injap penutupan bahan api.
•
Jika bahan api tumpah, tunggu sehingga ia menyejat sebelum memulakan enjin.
•
Bahagian gantian mesti sama dan dipasang dalam posisi sama seperti mana
bahagian asal.
Penapis Bahan Api, jika dilengkapi
1.
Sebelum membersihkan atau menggentikan penapis bahan api (A, Rajah 14),
kosongkan tangki bahan api atau tutup injap penutupan bahan api. Jika tidak, bahan
api boleh bocor keluar dan menyebabkan kebakaran atau letupan.
2.
Gunakan playar untuk memicit tab (B, Rajah 14) pada pengapit (C), kemudian tolak
pengapit menjauhi penapis bahan api (A). Pulas dan tarik talian bahan api (D) dari
penapis bahan api.
3.
Periksa talian bahan api (D, Rajah 14) jika ada rekahan atau kebocoran. Gantikan
jika perlu.
4.
Gantikan penapis bahan api (A, Rajah 14) dengan penapis ganti yang asal.
5.
Tahan talian bahan api (D, Rajah 14) dengan pengapit (C) seperti yang ditunjukkan.
Penuras Bahan Api, jika dilengkapi
1.
Buka tukup bahan api (A, Rajah 15).
2.
Buka penuras bahan api (B, Rajah 15).
3.
Jika penuras bahan api kotor, bersihkan atau ganti. Jika anda menggantikan penuras
bahan api, pastikan anda hanya menggunakan penuras bahan api alat ganti yang
asal.
Servis Sistem Penyejukan
AMARAN
Enjin yang hidup mengeluarkan haba. Bahagian enjin, terutamanya peredam,
menjadi terlampau panas.
Luka terbakar yang parah boleh berlaku bila tersentuh.
Serpihan mudah terbakar, seperti daun, rumput, berus, dsb., boleh menyebabkan
kebakaran.
•
Biarkan peredam, silinder enjin dan sirip menyejuk sebelum menyentuhnya.
•
Tanggalkan serpihan terkumpul daripada kawasan peredam bunyi dan kawasan
silinder.
NOTIS
Jangan guna air untuk membersihkan enjin. Air boleh mencemarkan sistem
bahan api. Gunakan berus atau kain kering untuk membersihkan enjin.
Ini ialah enjin yang disejukkan oleh udara. Kotoran atau serpihan boleh menyekat aliran
udara dan menyebabkan enjin terlampau panas, menghasilkan prestasi yang teruk dan
hayat enjin dikurangkan.
1.
Gunakan berus atau kain kering untuk menanggalkan serpihan daripada kawasan
salur masuk udara (A, Rajah 16).
2.
Kekalkan penghubung, spring dan kawalan (B, Rajah 16, 17) bersih.
3.
Kekalkan kawasan sekitar dan belakang peredam bunyi (C, Rajah 16, 17) bebas
daripada sebarang serpihan mudah terbakar.
4.
Pastikan sirip penyejuk minyak (D, Rajah 16) bebas daripada kotoran dan serpihan.
5.
Longgarkan pengikat (E, Rajah 17) sehingga anda mendengar bunyi klik. Tanggalkan
panel (F). dan bersihkan kawasan kotoran dan serpihan. Pastikan bahagian bawah
panel juga bersih.
6.
Pasang panel (F, Rajah 17) dan ketatkan dengan pengikat (E). Ketatkan pengikat
sehingga anda mendengar bunyi klik.
Selepas satu tempoh masa, serpihan boleh terkumpul dalam sirip penyejukan silinder dan
menyebabkan enjin terlampau panas. Serpihan ini tidak boleh ditanggalkan tanpa
menanggalkan sebahagian daripada enjin. Pastikan Pengedar Bertauliah Briggs & Stratton
memeriksa dan membersihkan sistem penyejukan udara seperti yang disyorkan dalam
Jadual Penyengaraan.
Storan
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan melecur teruk atau kematian.
Apabila Menyimpan Bahan Api Atau Peralatan Dengan Bahan Api Di Dalam Tangki
•
Simpan jauh dari relau, dapur, pemanas air atau lain-lain perkakasan yang
mempunyai api pandu atau punca nyalaan lain kerana semua ini boleh menyalakan
wap bahan api.
NOTIS
Simpan enjin pada kedudukan mendatar (posisi pengendalian normal). Jika
enjin disengetkan untuk kerja-kerja penyenggaraan, tangki bahan api hendaklah kosong
dan bahagian di mana terletaknya palam pencucuh hendaklah dinaikkan. Jika tangki
bahan api tidak kosong dan sekiranya enjin disengetkan pada bahagian yang lain,
mungkin akan berlaku kesukaran untuk menghidupkan enjin disebabkan minyak atau
petrol telah mencemarkan penapis udara dan/atau palam pencucuh.
Sistem Bahan Api
Bahan api boleh menjadi lapuk apabila disimpan melebihi 30 hari. Bahan api yang lapuk
boleh menyebabkan mendapan asid dan gam terbentuk dalam sistem bahan api atau
pada bahagian-bahagian karburetor yang penting. Untuk mengekalkan kesegaran bahan
api, gunakan Rawatan & Penstabil Bahan Api Formula Maju Briggs & Stratton , boleh
di dapati di mana sahaja alat-alat servis tulen Briggs & Stratton dijual.
Tidak perlu menyalir keluar petrol daripada enjin jika penstabil bahan api telah ditambah
mengikut arahan. Hidupkan enjin selama dua (2) minit untuk edarkan penstabil ke seluruh
sistem bahan api sebelum disimpan.
Jika petrol di dalam enjin tidak dirawat dengan penstabil bahan api, ia perlu disalir keluar
ke dalam bekas yang telah diluluskan. Hidupkan enjin sehingga ia berhenti akibat
kekurangan bahan api. Penggunaan penstabil bahan api di dalam bekas storan adalah
disyorkan untuk mengekalkan kesegarannya.
Minyak Enjin
Semasa enjin masih panas, tukar minyak enjin. Lihat bahagian
Menukar Minyak Enjin
bahagian.
53